Sunday, March 4, 2012

~mari peduli Syria`

salam..

peduli lah tentang kami,
pandanglah penderitaan kami,
lihatlah mereka,
menyeksa kami saban waktu,
meragut naywa kesayangan kami,
membiarkan anak menjadi yatim,
isteri menjadi balu,


kami berjuang untuk satu kehidupan,
satu perjuangan,
satu pertarungan,
peduli lah kami,,

hanya kerana demi satu kehidupan,,

Peduli Syria....

1) mohon solat sunat hajat bagi kekuatan kami
2) mohon dibacakan qunut nazilah tunjang perjuangan kami
3)sebarkan perjuangan kami paa yang lain..

HANYA MENUNTUT SATU PERJUANGAN...

ALLAH BERSAMU syria.....

Friday, March 2, 2012

~Haza Min Fadhli Rabbi~

'very good! minor corrections. C u on diz monday k'....itu mesej yang aku terima dari lecturer X. Aku telah menghantar draft mini research untuk subjek Issues of Islamic Education. Senyum sampai ke telinga. Tersangat happy. Rasa berbaloi buat rujukan berbelas-belas buku, bersekang mata menghadap laptop. Alhamdulillah. Haza MIn Fadhli Rabbi.

Moga kali aku dapat buat yang terbaik...Cayyok gambatte...

~Redha~

salam...sobahalkhair...salam sayyidul ayyam...

Malam semalam saya mendapat berita itu..bila saya fikir..betul la, Allah memuliakan sapa yang Dia kehendaki dan menghinakan sapa yang Dia kehendaki..saya tak terkecuali...bukan saya dimuliakan @ dihinakan tapi frasa itu seakan sinonim dengan apa yang saya hadapi sekarang...

Allahu MUsta'an....

Monday, February 27, 2012

~26/2/2012, ADM LR 12, UIAM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

O ye who believe! Turn unto Allah in sincere repentance! It may be that your Lord will remit from you your evil deeds and bring you into Gardens underneath which rivers flow, on the day when Allah will not abase the Prophet and those who believe with him. Their light will run before them and on their right hands: they will say: Our Lord! Perfect our light for us, and forgive us! Lo! Thou art Able to do all things.

Intipati mengenai ayat di atas adalah taubat:

Antaranya maksud taubat.
lughah :kembali kepada Allah
dan maknawi: memohon pengampunan allah dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan melakukan kesalahan lalu.

direlatekan pula dengan kisah seorang 'aasi yang membunuh 99 orang sehinggalah cukup 100 orang. dan dalam perjalanan, dia mahu berhijrah ke sebuah perkampungan, Allah mencabut nyawanya dan turunlah malaikat Nikmat dan malaikat Azab yang mahu menghantarnya ke syurga atau neraka. Setelah diukur, akhirnya dia dihantar ke syurga kerana jarak ke tempat hijrahnya lebih dekat dari kampung asalnya. Subhanallah Allah Maha Pengampun.

SYARAT TAUBAT DOSA DENGAN ALLAH

Antara syarat-syarat taubat yang berhubung kait dengan Allah ialah:
1. Menyesal sungguh di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Yakni terasa kesal, sedih, dukacita, rasa tidak patut kerana melanggar syariat Allah. Sekaligus datang perasaan menyerah diri kepada-Nya.
2. Berazam bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi perkara-perkara yang menjadi larangan Allah itu.
3. Meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa-dosa dengan Allah sama ada dosa besar atau dosa kecil.

a. Antara contoh-contoh dosa besar ialah meninggalkan sembahyang, tidak puasa, tenung nasib, minum arak, zina, judi, rasuah, riba, memfitnah, mengumpat, membunuh dan lain-lain lagi.

b. Di antara dosa-dosa kecil ialah mendedahkan aurat, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, mendengar nyanyian yang menaikkan nafsu syahwat, bercakap perkaraperkara lucah, bergurau berlebih-lebihan, berkelakar, membazir dan lain-lain lagi.

Oleh itu, kalaulah selama ini kita terlibat dengan perbuatan yang haram (seperti riba, mendedahkan aurat, minum arak) maka kita tidak akan buat lagi atau terus tinggalkan perbuatan tersebut. Juga kalau kita terlibat dengan dosa-dosa kerana meninggalkan perkara-perkara wajib (seperti meninggalkan sembahyang dan tinggal puasa), maka kita tidak akan meninggalkannya lagi. Ertinya kita terus melaksanakan perkara-perkara yang wajib dengan bersungguh-sungguh dan membayar (qadha) segala perintah wajib yang tertinggal.

SYARAT TAUBAT DOSA DENGAN MANUSIA

Sekiranya seseorang itu berbuat dosa dan kesalahan yang ada hubungan sesama manusia, antara syarat-syarat taubat yang mesti ditempuhi ialah:
1. Menyesal sungguh-sungguh di atas segala kesalahan yang dibuat terhadap orang lain itu. Benar-benar terasa di hati
perasaan sedih, dukacita dan rasa tidak patut berbuat begitu.
2. Meninggalkan terus perkara-perkara yang mendatangkan dosa dengan manusia.
3. Berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perkara-perkara yang mendatangkan dosa yang ada hubungan dengan manusia itu.
4. Meminta maaf atau meminta redha (halal) kepada orang yang kita telah berbuat dosa terhadapnya atau bayar semula ganti rugi atau pulangkan barang yang telah diambil.Dosadosa sesama manusia ini kalau hendak disebutkan terlalu banyak.

banyak lagi perbincangan mengenai hal-hal lain...namun masa mengekang...moga ada istifadahnya.


Wednesday, February 22, 2012

~Rezeki~

Alhamdulillah. Akhir-akhir ni banyak perkara yang berlaku yang amat mengembirakan aku. Benarlah rezeki Allah itu pasti. Apa yang terjadi adalah rezeki. Mungkin doaku termakbul dan mungkin juga ini hadiah dan juga kurniaanNYa. Alhamdulillah.

Mata sudah letih. Selamat malam.

p/s: Aku baru je selesai berbual nge mak. Mak tanya ok ke hadiah hari jadi tu? Aku tergelak.
A mother is a mother. Sebab sebelum ini kulit aku sensitif dengan barang kemas apatah lagi besi. TERus merah dan bila ditanggalkan terus sembuh. Tapi berkat hadiah seorang ibu, aku boleh pakai sampai ke hari ini.

Saturday, February 18, 2012

~Beragama & Ada Agama~

Bismillahirrahmanirrahim….

Aku baru je abiskan supper a.k.a dinner malam ni. Agak lewat memandangkan perlu hadir ke usrah. Aku hanya mahu berkongsi sedikit pendangan mengenai agama yang disandarkan pada ciptaanNya yang bernama manusia. Manusia yang beragama dan ada agama. Bunyinya hampir sama tapi semestinya maksudnya juga sama.

Manusia yang beragama. Dia seorang lulusan bidang agama dan sentiasa peka pada hal-hal yang melibatkan agama. Alhamdulillah segalanya sudah hadam di ruang minda dan boleh dituturkan di hujung lidah tanpa perlu membelek kitab-kitab yang pernah dulu dijadikan bahan pembelajaran. Tapi sekarang dia masih lagi ‘beragama’ tapi dek kehidupan dunia dia jadi terkebelakang untuk memelihara agama yang sering memelihara dirinya pada suatu ketika dulu.

Takpe. Aku sudah tahu.

Boleh je asalkan ianya bukan dosa besar.

Aku sudah jadi ustaz/h. takpe..orang lain lagi teruk dari aku..

Mainan ayat yang diklasifikasikan sebagai jalan mudah sudah membawanya menyimpang jauh dari jalan yang dia pernah jejaki dulu.

Mana pandangan yang dijaga, mana puasa sunat yang sering diamal, mana lantunan tilawah yang menggegar jiwa, mana kata hikmah memujuk sang mad’u, dan mana akhlak yang jadi perisai taqwa???

SEgalanya kerana ‘aku sudah tahu’. Segalanya hancur. Yang beragama sudah jadi yang biasa-biasa. Bahkan lagi teruk. Nauzubillah.

Manusia yang ada agama. Hanya belajar asas agama sahaja. Tapi Alhamdulillah cukup untuk peringatan dan ‘alat kawalan’ sebagai limitation uuntuk tidak kea rah yang lebih buruk. Tidak mengenal apa itu terbiyyah. Tapi saat nur itu datang, cahaya tarbiyyah memancar terang, terus gagah melangkah mendepani kilauan hingga agama diletakkan tempat teratas. Bila digoncang tak mudah goyah kerana agama miliknya bukan sandaran semata.

Aku mahu mati kerana Islam.

Aku mahu agama dalam diri aku.

Aku mahu diri ini bekerja untuk agama.

Akhirnya dakwah terbentang kerana agamaku pakaianku…….

'di medan ini kita bertemu dan moga di Jannah juga kita bersama' kerana aku juga masih dan akan terus di sini.

p/s: bicara dakwah bersama Sakinah Abdul Rahman..moga ada istifadahnya…..

Friday, February 10, 2012

~9th Feb 2012~

salam dan selamat malam....

malam masih lewat. macam biasa aku takleh tido. Subhanallah. Esok kelas pagi sapa petang. Wahai Nadia, tidurlaaa...tapi tengah typing macam mana nak tidur...hiihihi. takkpela nak berkongsi rasa dan cerita, sambil2 layan IKIM....

pertamanya nak sharing apa yang aku lakukan sepanjang hari ini.1st thing , semalam aku dah masuk 1st class: advanced phsychology. dan dalam masa tu jugak DR siap2 assigned aku dengan tugasan, group work dengan sis Muna from Tanzania. Lagi cuak bila cabut undi, second presentation. bukan takut tapi rasanya lum bersedia sebab the rest in the class adalah senior yang super duper. but yakinkan diri.Insya Allah.

unfortunately , awal2 DR bagitahu yang subject tu specialized utk phsychology edu. so lagi la kuatkan semangat nak drop selagi dalam tempoh masanya. but in da same time aku serba salah dengan sis Muna, dia perlu cari partner yang lain (yang belum masuk kelas lagi), kena start analisis separuh buku + artikel lebih awal...tapi malam tu pejamkan mata. Moga esok ade jalannya.

esoknya, aku pergi pejabat mintak study plan yang latest dan terbukti dalam tu aku kena jugak drop. aku jumpa Muna da terangkan everything dan dia kata ok and Atiqah my senior said that i need to tell Dr about it. Cuak jugak sebab DR sangat strict tapi macam biasa, wat2 muka tenang.

Disebabkan aku nak cari ketenangan kan, aku masuk masjid, dok bertafakur jap, singgah di gerai VIM.tempah kain tudung sebab dah lama nak gantikan yang lusuh punya. jadi gumbira la kejap bila hajat tercapai.hihihihi. pastu aku g CPS untuk mintak official result slip. tapi kena mintak kat CElpad. beratur jugak nak tunggu giliran, tapi berjalan lancar je. dan dari utara ke selatan aku ke kuliyah semula untuk jumpa DR.

Aku pun naik ke opis kuliyah dan tanyakan bilik DR. tapi dalam opis aku bertembung dengan sorang lecturer. sebenarnya aku tengah usaha nak jmpa advisor. tahu nama je, orangnya lum jmpa dan malam tadi aku godek2 web iium untuk kenal rupa advisor aku tu dan ia sangat membantu. Bertembung dalam opis. aku taknak terus tegur, kan salah orang dan kak opis oyak tulah DR Afareez, my advisor. Alhamdulillah aku dah kenal orangnya dan keluar dari opis aku g skodeng DR sama ada masuk bilik dia ke @ g tempat lain.kot2 la ade kija lagi kan. dan DR masuk bilik. Alhamdulillah. aku pun masuk la,berbincang segalanya. Penilaian aku terhadap DR Afareez ni dia sangat baik dan guide aku banyak mende. selepas 1jam setengah aku berkonsultansi, segalanya cerah.

Pastu aku naik pusing2 cari bilik DR. 3 kali tawaf satu level tu, aku terserempak dengan DR yang baru naik lift.memang Allah bagi kemudahan. lepas aku bagitahu, DR ok je. masih lagi senyum dalam ketegasannya. Aku perlu bagitahu DR sebab kalau drop gitu aje, macam tak hormat je...berbeza dengan degree dulu, drop dan tak jumpa lecturer sebab kuliah melibatkan 40-100++ pelajar (bergantung pada subjek), tapi peringkat ni, kelas paling skit sorang2 pun ade. Talaqqi betul-betul la depan lecturer sorang. so dah settle masalah drop dan subject registration

Pastu aku aku pun balik mahallah, tenangkan diri, rehatkan diri dan sujud syukur sebab semuanya kemudahan adalah datang dari Allah Yang Maha Penyayang.OKla nak tidur dengan senyuman indah. Wasalam